Kecerunan elektrokimia
Kecerunan elektrokimia

Kecerunan elektrokimia

Kecerunan elektrokimia (کچرونن ايليکتروکيميا) ialah suatu kecerunan keupayaan elektrokimia, biasanya untuk suatu ion yang boleh merentasi suatu membran. Kecerunan terdiri daripada dua bahagian iaitu kecerunan kimia atau perbezaan dalam kepekatan zat terlarut merentasi membran dan kecerunan elektrik atau perbezaan dalam cas merentasi membran. Apabila terdapat kepekatan yang tidak sama bagi ion yang merentasi membran telap, ion akan bergerak merentasi membran dari kawasan berkepekatan lebih tinggi ke kawasan berkepekatan lebih rendah melalui resapan ringkas.Ion juga membawa cas elektrik yang membentuk keupayaan elektrik merentasi membran. Jika terdapat pengagihan yang tidak sama merentasi membran, perbezaan dalam keupayaan elektrik akan menjana suatu daya yang memacu resapan ion sehingga cas tersebut diseimbangkan di kedua-dua sisi membran.[1]